Thursday, August 11, 2011

ibu dan kerja

Bismillahirrahmanirrahim :)

Sudah lama tidak mencoret,sangat cuba tidak mencoret sesuatu yang tidak bermanfaat.

Ramadhan kembali menjelma.Sudah ke hari dua belas.Ramadhan ini sedikit berbeza,tiada berdua dua ke masjid untuk tarawikh.Berdua dua di rumah bersama si kecil Muadz adalah.Muadz anak sulung.Terasa terlalu banyak kekhilafan diri sebagai seorang ibu kepada Muadz.Ibu muda apatah lagi.

Kehidupan diteruskan sebagai ibu berkerjaya, aku memilih untuk terus bekerja tidak sebagai suri rumah.Jadual harian pukul 7 pagi letak Muadz dalam car seat drive ke Desa Ilmu.Hantar Muadz ke rumah Kak Odah.Petang juga begitu pukul 5 petang ambil Muadz.

Benar,kalau ikut hati lebih baik ibu sendiri membesarkan anaknya tapi apakan daya dalam keadaan ekonomi sekarang aku perlu keluar dan bekerja.Senyuman Muadz sebaik sahaja aku berlalu pergi ke pejabat pada setiap pagi amat meruntun jiwa.

Ketahuilah hati ibu ini tak pernah rasa senang hati meninggalkan anak kepada sesiapa sahaja untuk bekerja.Ketahuilah menghantar anak kepada pengasuh sementara seorang ibu pergi bekerja bukanlah satu cara melepaskan tanggungjawab membesarkan anak.Tidak pernah satu pagi berlalu tanpa doa kepada Allah supaya melindungi anak aku daripada bahaya dan sebagainya.

Terkadang terasa diri bukan ibu sempurna buat Muadz,kenapa umi tak duk rumah besarkan Muadz,Muadz kan anak umi?Semoga niat aku berkerja dibenarkan Allah.Semoga masa masa tidak bersama Muadz membuatkan aku lebih menghargai kehadirannya.Semoga pergantungan aku kepada Allah lebih kuat dari sebelum ini.

Kepada suri rumah,anda sebenarnya amat bertuah dapat membesarkan anak dengan tangan sendiri.Gunakanlah sebaik mungkin peluang dan ruang yang ada untuk membentuk anak menjadi rijal untuk ummah ini.

Menjadi ibu yang berkerja merupakan satu didikan untuk aku.Terlalu banyak hikmah yang tersembunyi.Aku berkerja memberi ilmu kepada 300 orang anak anak bangsa di sini.Dan tiada lain aku harapkan semoga Allah menjaga dan mendidik anak aku seorang itu di sebalik kesibukan aku mendidik anak orang lain.Semoga Allah mudahkan.

Inilah realiti.

No comments: