Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang..
Untuk semester ini, kerja hakiki iaitu mengajar kuliah (100++ pelajar) sudah berakhir.Untuk semester ini aku mengajar Cell Biochemistry dan DNA Structure & Function. Menjadi seorang pengajar memang cita citaku tapi biarlah cikgu budak besar,taknak cikgu sekolah sebab risau aku selalu menjerit marah budak budak.Mengajar biology kepada pelajar berusia 18 tahun juga cabaran.Beberapa kali aku naik angin dalam kuliah.
Tapi oklah aku jenis yang cepat marah dan cepat cool.Baru menjerit marah2 tetapi minit seterusnya melawak pula.Keseluruhannya pelajar baik2 sahaja,mungkin juga bila mengetahui aku "madam" instead of "miss".Apa apapun mengajar amat memenatkan jika kita bagi 100%.Selagi tak paham, selagi tu explain, tukar cara dan macam2.Aku baru mengenali diri sendiri.Benar, aku suka mengajar tapi mengajar kuliah!! ha ha..aku jadi sedikit malas bila masuk lab sebab kena terang satu satu.he he.
Ikhlaskah aku mengajar?Hanya Allah sahaja yang mengetahui.Aku dah bagi terbaik dan supaya aku tak pernah lupa niat hanya kerana yang Maha Esa.
Setakat ini,alhamdulillah fasa fasa hidup yang aku lalui mengikut apa yang aku cita citakan (Subhanallah walhamdulillah) kecuali tak pernah langsung di fikiran aku akan menetap di Kuching ni.Allah sebaik baik perancang.Kalau ikutkan cita cita, paling kurang aku mahu menyambung ke peringkat master.Mahu sekali lagi ke luar negara membawa suami dan anak.
Bila dah ada anak, aku selalu berangan nak duk KL.Nak hantar anak ke sekolah islam antarabangsa.Nak anak aku belajar banyak bahasa.Aku juga nak anak belajar berenang,naik kuda dan memanah.Oh!!tingginya cita cita...itulah salah satu sebab aku bekerja.Aku mahu fikiran aku terbuka melihat dunia luar, aku mahu mengenali realiti alam kerja.Dahlah aku ni kalau duk rumah, susah dah nak tinjau2 kehidupan luar.
Simpanan kewangan untuk anak juga perlu dirancang awal awal.Ada duit nanti senang nak hantar anak belajar naik kuda ke,belajar berenang ke.Bukankah material antara aset yang paling penting untuk ummah?semoga Allah membenarkan.
Aku rasa ada keperluan untuk seorang muslim menjadi ahli profesional kerana ianya amat bagus untuk dakwah.Bayangkan jika anda seorang bos di mana2 institusi pengajian tinggi dan anda seorang yang faham islam dan dakwah..wah cuba bayangkan..solat jemaah wajib..kuliah agama wajib...wah senang kerja..he he.
Aku selalu bertanya kepada suami apa hikmahnya Allah campakkan kita di Kuching ni?
Jawab suami untuk dakwah,untuk Allah..90% aku sangat yakin jika aku di Terengganu, aku pasti sibuk dengan keluarga besar.Jamuan sana sini.Ziarah sana sini.
Syukur atas setiap kurniaan Allah.Tiada satupun yang tidak baik untuk kami, hanyalah yang baik baik belaka.
No comments:
Post a Comment