Sunday, August 14, 2011

anak no 2

Hehe,tajuk post bukan main lagi.

Muadz baru nak masuk 5 bulan, tapi dah ada yang bertanya soalan yang direct "ke dah berisi pulak ni?"

Subhanallah pengalaman mengandung dan bersalin anak sulung sesuatu yang sungguh istimewa.Rindu.Sangat rindu.Mungkin itulah antara sebab kenapa ada anak no 2,3,4,5 dan seterusnya.Mungkin juga antara hikmah islam mencadangkan supaya dijarakkan anak2 untuk tempoh 2 tahun.Tidak terlalu dekat,tidak terlalu jauh.Nanti lama sangat rindu!!

Untuk adik Muadz, biarlah suatu masa yang lebih sesuai.Sudah 5 bulan, sakit bekasan jahitan masih belum 100% sembuh.Tersalah makan, sisa sakitnya masih terasa.

Episod pantang takkan aku lupa.Seminggu pertama pantang amat amat menginsafkan.Sakit selepas beranak serasanya lebih sakit dari bersalin.Bersalin sakit yang amat hanya 3,4 jam tapi untuk diri ini menahan sakit berhari hari ketika pantang lagi menguji diri.Antara pengalaman yang takkan aku lupa menahan sakit setiap kali ke bilik air.Pernah sejam di dalam bilik air sambil menangis menahan sakit bekasan luka yang banyak. Sakit ini benar benar hadiah daripada Allah untuk diri untuk menilai kehidupan,melihat hidup ini dari sudut yang berbeza.

Walaupun hati sebenarnya amat rindu untuk sekali lagi,tapi nantilah..biar Allah sahaja menentukan,itu lebih baik.Baru 5 bulan bergelar ibu, benarlah takkan pernah sama level seorang ibu dengan seorang ayah.Bukan sekali,bukan dua kali tapi 3 kali lebih tinggi dari seorang ayah.

Bersama sama kita menghargai ibu kita lebih dari kawan, girlfriend, boyfriend, tunang dan sama waktunya dengannya.Lapangkanlah dada setiap kali seorang suami melebihkan ibunya berbanding isteri sendiri.Hak ibu tidak dapat disamaratakan dengan hak sesiapapun.Ianya mesti lebih.


No comments: