10 januari
2 am : rasa contraction, aku tengok jam, 40-45 minit sekali datang,sekali datang boleh tahan juga sakit, sedikit cuak tapi rasa gembira, saat yang ditunggu tunggu akan tiba.." Come on baby, lets get out and see the world!"
4 am : tidur2 ayam sebab cuak, contraction datang 15-20 minit sekali, ok mungkin dah boleh siap2 ni pergi hospital
6 am : saat paling sedih tapi kena kuat jugak bila umi hantar muadz rumah pengasuh...huhu..T_T..umi cium muadz banyak kali ..muadz macam paham dan berlalu pergi tanpa masalah..hanya Allah yang tahu perasaan saat ini..
7.30 am : sampai hospital sakit pulak hilang!!!contraction dah stop!adoi, camane ni..nak serah diri ke, nak balik rumah ke ni?call mak, mak nasihatkan naik atas jumpa doktor dan check sahaja..baiklah..tarik nafas panjang2 dan ready untuk di soal siasat..dah tau dah apa yg bakal dihadapi sebab anak second..hehe..perutku sudah kecut!!
12 pm : setelah proses menunggu yang lama akhirnya umi masuk ward jugak sebab ..sebab umi pun x pasti..doktor kata baru 2 cm tapi masuk jelah ward kot..umi pun malas nak balik dah
sepanjang dalam ward, umi dikira yang takde masalah..air ketuban x bocor,darah x keluar...doktor tak jenguk pun..kiranya menunggu di rumah pun ok je..sian kat abah duk lepak je kat hospital, waktu melawat je jumpa umi yang segor megor ni..seriously sakit contraction hilang..huhu..umi berdoa supaya sakit datang dan nak bersalin jugak dalam masa terdekat.
11 pm : alhamdulillah contraction kembali..huhu...memang kaw2 masa ni..abah muadz berehat dalam kereta..umi berperang menahan sakit dalam ward..masa ni, Allah sahaja tahu betapa sakitnya..doktor, please lah bawa saya turun gi labor room, saya nak pain killer, saya nak gas entonox..huhu..tapi doktor memberi alasan labor room penuh..aku paksa juga doktor check..4 cm..
11 januari
2 am : sakit di tahap yang takleh nak cerita..rasa nak jerit..could anyone please give me pain killer????masa ni memang buat perjanjian serik bersalin dekat hospital (kihkih)..since masih lagi dekat ward, aku kononnya control macho..tapi akhirnya tumpas gak dengan kesakitan yang mendadak2..pusing kiri kanan semua tak jalan,setiap kali sister lalu aku mengaduh minta simpati...rasanya masa ni contraction dalam 2 minit sekali..akhirnya aku tak tahan, aku bersuara dekat sister yang garang sorang ni " sister, sakit sangat ni..tolong check saya.."..beberapa kali aku bagitahu akhirnya dia mengalah..masih 4 cm..aku bagai tidak percaya dengan apa yang kudengar...
4 - 5 am: contraction macam dh xde gap..seminit berkali2 contraction datang bersambung2..dan aku masih lagi di ward!!!sister buat dunno je..no pain killer at all!!! aku guna breathing technique which is sgt2 membantu tapi memang sakit amat tersangat ..aku tak tau nak mengadu dekat siapa akhirnya aku call ibuku "mak,sakitnya..ya rabbi..sakit sangat..mak doa ke mar..sakitnya..."
Allah Maha Besar, berkat doa ibu, selepas aku bercakap dengan mak, aku rasa nak push..aku minta tolong kakak yang odw nak pergi toilet panggilkan doktor..AKHIRNYA..
"ok, 8 cm dah..sister bawa turun labor room sekarang.."
macho sangat 8 cm baru nak turun labor room!!!
akhirnya,di labor room aku push 3 kali untuk keluarkan Ziyad...bersaksikan suamiku di sisi..tak silap aku air ketuban pecah masa aku nak push tu..hoho...
terdengar esakan Ziyad..aku memangku Ziyad..bonding time umi!
uri dikeluarkan dan alhamdulillah kali ini zero tear, sister tak perlu buat kerja menjahit..hanya Allah yang tahu lega sangat aku masa tu..
*****
merenung kembali apa yang aku minta sepanjang 9 bulan mengandung, semua Allah tunaikan..aku nak bersalin normal dan natural, taknak induction, taknak paksa2..tengok Allah bagi aku rasa senatural mungkin..muadz dulu aku tak rasa se'detail' ini..tapi kali ini aku rasa satu satu..kali ini aku dapat merasakan "ring of fire" semasa nak push Ziyad..aku rasa hidup2 kepala Ziyad keluar...subhanallah...
ampunkan aku Ya Allah..semoga sakit ini menghapuskan terlalu banyak dosaku itu...
anak kedua ini kami namakan Ahmad Ziyad bin Khairul Nazri, lahir pukul 5.10 am 11/1/13.
No comments:
Post a Comment