Tidak tahu siapa yang membaca di sini tapi amat pasti ada seorang pembaca setia :p
Nampak gaya nya blog ini akan dipenuhi dengan tulisan seorang emak, menulis berkenaan anaknya, perkembangannya dan apa apa sahaja berkenaan anak.
Kenapa?sebab setiap saat (masa) kepala ini selalu mengenangkan dan memikirkan hal anak nya.
Saya menulis apa yang bersarang di kepala.
****
Muadz sudah 7 bulan.Setahun pertama seorang baby amat amat kritikal.7 bulan sudah berlalu kini lagi 3 bulan menjengah usia setahun.Di mana saya?
Saya sedang belajar menjadi seorang ibu, ini fasa adaptation.Ya Allah, sejujurnya saya amat merasakan tanggungjawab seorang ibu bukan mudah, menuntut pengorbanan yang amat besar.Saya tidak tahu orang lain.Pada satu cita cita pasti akan ada pengorbanan.
Dan kini setelah 7 bulan, terlalu banyak kekhilafan diri, terlalu banyak lubang lubang kosong dek kerana sedikit amat ilmu di dada.Muadz, maafkan umi..
Cita cita itu amat penting namun ilmu untuk menggapai cita cita itu segala galanya.Ya benar saya juga membaca, tapi rupanya ilmu Allah di muka bumi tidak terkira banyaknya.Oleh kerana itu, hari ini saya telah buat satu konklusi sendiri.Cari ilmu itu perlu tapi mencari ilmu mengikut keutamaan amat amat penting (ikut priority).
Pada akhirnya, kerana terlalu tamak menambah pengetahuan, saya lupa pada keutamaan yang sepatutnya lebih utama.Saya lagi suka membelek majalah PaMa dari mentadabbur surah Luqman.Saya lagi suka melayari babycenter dari mencari artikel2 seperti tarbiyatul aulad.Saya lagi suka mencari toys apa yang sesuai untuk Muadz mengikut perkembangan umur etc etc etc.
Alhamdulillah, di sebalik morning sickness mengandungkan Muadz, saya berjaya khatam satu kali al quran.Ini cita cita paling minimum saya.Paling kurang sekali khatam.Funny, 9 bulan khatam sekali.It should be more than that, isnt it?
Salah faham.
Jangan salah faham.Silakan membaca buku dan majalah yang sedia ada.Pa Ma, Parenthood dan banyak lagi.Kita baca majalah cuma sekali kan, paling banyak pun beberapa kali. Di sinilah silap saya.Saya juga menjadikan Al Quran seperti majalah majalah ini, baca sekali sekala, baca bila perlu atau pun sekadar rutin.Sepatutnya setiap hari saya perlu mentadabbur Surah Luqman, Surah Maryam,Surah Yusof,Surah Ali Imran dan banyak lagi.Kerana mukjizat ayat ayat Allah ini penawarnya lain dari yang lain.Ia memberi bukan sekadar ilmu, tapi satu perasaan, satu keazaman dan satu tekad kepada seorang ibu.
Manusia boleh kata macam2, tersangat banyak pendapat.Penat juga.Dan hari ini (setelah Muadz berusia 7 bulan) saya mendapat solusi yang baru : cari setiap jawapan dalam Al Quran.
Luqman is a smart father. Sangat bijak.Tersangat futuristik and forward looking.
16. "O my son! If it be (anything) equal to the weight of a grain of mustard seed, and though it be in a rock, or in the heavens or in the earth, Allah will bring it forth. Verily, Allah is Subtle (in bringing out that grain), Well-Aware (of its place).
17. "O my son! Aqim-is-Salat (perform As-Salat), enjoin (people) for Al-Ma'ruf (Islamic Monotheism and all that is good), and forbid (people) from Al-Munkar (i.e. disbelief in the Oneness of Allah, polytheism of all kinds and all that is evil and bad), and bear with patience whatever befall you. Verily! These are some of the important commandments ordered by Allah with no exemption.
18. "And turn not your face away from men with pride, nor walk in insolence through the earth. Verily, Allah likes not each arrogant boaster.
19. "And be moderate (or show no insolence) in your walking, and lower your voice. Verily, the harshest of all voices is the voice (braying) of the ass."
Al Quran .May Allah be with me always..guide me..to raise my son the best I can..May Allah protect him from syaitan laknatullah.
Setiap ibu perlu ada cita cita yang besar pada setiap anak.Kemudian, cari ilmu yang sepatutnya.Kemudian comes this strongest weapon : DOA.
Insyallah pada setiap cita cita itu ada doa.Pada setiap doa itu ada cita cita.
Muadz oh Muadz.
No comments:
Post a Comment