Sunday, January 23, 2011

salam

bismillahirrahmanirrahim :)

rasa nak menconteng hari ni.ramai yang bertanya tentang kesihatan diri ini..alhamdulillah,syukur pada Allah saya sihat sihat sahaja,serasanya morning sickness boleh dikatakan 95% tiada kini..cuma selera makan naik dan turun.belum lagi ditahap nak makan semua benda.

pulang bercuti di terengganu selama 10 hari,naik 2kg..jelas sekali saya akan makan banyak bila orang lain yang masak.kalau diri sendiri yang masak,sesenduk nasi pun dah cukup bersyukur (hai,teringat zaman anak dara di melbourne,entah berapa senduk nasi i telan).

berbalik pada post di bawah, saya masih belum pergi scan lagi anak kesayangan ni.semoga perkembangan baby makin gemuk dan sihat sekarang.bab tendang menendang baby sangat lah hebat.macam macam style tendangan umi boleh rasa.saban waktu mulut dan hati ini tak pernah lupa mendoakan yang terbaik untuk kamu sayang..

hari ini genaplah 30 minggu mengandung...bila di akhir akhir ini terasa masa pantas berlalu..debar di hati sudah bermula menunggu saat saat pertarungan melahirkan seorang manusia dari rahim sendiri.melihat senior dan kawan sendiri yang dulu pernah sama sama mengandung kini sudah memeluk anak masing masing di pangkuan menjadikan diri ini tak sabar nak beranak!!takut sakit?itu sudah sangat pasti, tapi naluri perempuan ciptaan Allah ini seakan tidak kisah demi anak..

hmmm..jumpa di lain hari..

No comments: