bismillahirrahmanirrahim :)
pagi ni umi rasa rindu nak tengok anak seorang ini.kali terakhir scan ketika kandungan berusia 4 bulan.umi ajak abah pergi jumpa Dr Wendy di Kuching Specialist Hospital semasa rehat tengahari.alhamdulillah sampai sana tak perlu menunggu dan terus dapat masuk,orang pun tak ramai so Dr check dan scan lebih detail.
hari ni berat umi 50.5 kg.sebelum pregnant 43 kg memanjang, berjaya mencecah 50 kg merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan bagi diri ini.hari ini position baby kepala kat bawah dan kaki berlipat ke atas.baby taknak tunjuk muka,so kempunan lagi umi dan abah nak tengok wajah insan yang kami tunggu tunggu ini.*haish tetiba sedih pulak*
Dr check jantung,alhamdulillah ok.tengok organ pun alhamdulillah ok.pastu Dr check bahagian bawah pulak dan kali ni Dr macam dah 100% mengesahkan anak umi ini boy!4 bulan lepas pun dah 98% confirm tapi umi tak nak yakin sangat sebab kadang2 keluar lain pulak.Wah,umi dah terbayang bayang 2 ekor kambing bakal ditumbangkan kalau benar2 nanti baby boy!amin.
Kali ni Dr Wendy check dengan detail panjang proportion baby.nampaknya abdomen baby sedikit kecil berbanding kepala dan kaki.hmmm....umi dah mula risau...
Dr kata biasanya ada kemungkinan placenta tak berfungsi dengan jayanya menyebabkan nutrition tak sampai kepada baby dan menyebabkan size baby kecil..ok..umi risau lagi...hukhuk...untuk pastikan, Dr check blood flow dekat placenta dan nampaknya normal aje.lega sikit.
Apa apa pun Dr suruh datang scan lagi dalam 2 minggu dan Dr tulis dekat report card asymmetrical SGA(below 10th centile).Overall, size anak umi ni one week behind daripada yang sepatutnya.Umi tak risau sangat pasal overall result, umi lagi risau pasal proportion head and abdomen yang tak sama.hmmm
Apa apa pun mungkin terlalu awal untuk umi risau tapi umi memang macam ni..setiap hari risau sepanjang pregnant ni.macam2 lah pk dalam kepala selagi tak nampak baby depan mata.
Doakan baby selamat dan membesar dengan sempurna ya kawan kawan.
Ya Allah, lindungilah anakku, sempurnakanlah tumbesarannya dan tenangkanlah hatiku ini...*mohon dengan sangat*
No comments:
Post a Comment