bismillahirrahmanirrahim :)
sex education for standard one student starting january 2011.
pagi tadi isu ini ke udara di radio IKIM.sekali dengar macam subjek ni tak sesuai untuk budak darjah 1 tapi bila dengar kupasan dan pandangan beberapa orang pendengar yang lebih arif dalam bidang ini, ada banyak positif side-nya.pendidikan seks ini bukanlah satu subjek besar,ianya hanya topik kecil dalam subjek pendidikan jasmani.
dari sudut agama, sebenarnya seawal usia lagi kanak kanak perlu diterapkan pendidikan yang melibatkan pergaulan dan adab adab perhubungan.kanak kanak perlu ditekankan soal minta izin sebelum memasuki bilik ibu bapa, perlu mengetahui masa masa tertentu mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik ibu bapa.lebih dari itu, kanak kanak perlu mengetahui pentingnya menjaga pandangan,tak boleh tengok gambar, cerita yang bukan bukan.kanak kanak perlu tahu soal aurat, soal sentuhan yang dibenarkan dan dilarang. seingat saya semua topik ini telah disentuh di dalam silibus di sekolah mungkin penekanan yang lebih detail perlu diterapkan.
tertarik dengan panggilan seorang doktor kanak kanak tentang pandangannya mengenai isu ini.kata beliau sudah tiba masanya ibu bapa moden masa kini perlu berfikiran terbuka dengan soal ini.beliau amat bersetuju dengan pendedahan subjek ini kerana terdapat banyak kes di hospital kanak kanak berusia sekecil 1,2 tahun dirogol ketika dalam penjagaan pengasuh.kanak kanak seawal usia sepatutnya telah diajar untuk mengetahui apa yang betul dan apa yang salah atas setiap tindakan pada badan mereka.mereka perlu tahu sentuhan sentuhan yang tidak dibenarkan ke atas mereka, mereka perlu tahu tiada sebarang pencabulan ke atas alat sulit mereka, mereka perlu diajar untuk memberitahu ibu bapa sebarang perkara yang berlaku atau orang disekeliling yang menakutkan.
tertarik juga dengan panggilan yang mengatakan seharusnya punca kepada masalah sosial itu sendiri perlu ditangani dahulu.institusi kekeluargaan yang rapuh, hiburan yang terlampau, lambakan cerita berunsur lucah dan tidak membangun minda di kaca televisyen, konsert konsert yang melalaikan, pergaulan di sekolah yang tidak dijaga, penjualan cd2 lucah sejak di sekolah dan banyak lagi.
apa apa pun, pendidikan seks itu merupakan satu bentuk ilmu.dan ilmu seharusnya menjadi platform ke arah perkembangan yang lebih baik, dan setiap ilmu yang baik itu perlu dijadikan pengajaran dan aplikasi dalam kehidupan dan yang lebih penting tidak disalahguna. soalnya, mampu kah generasi kini menerima dan menterjemahkan ilmu ini di sudut yang positif?
tanggungjawab yang sangat2 besar untuk ibu bapa, guru guru yang mengajar dan masyarakat keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment