bismillahirrahmanirrahim :)
rasa kering, rasa lost, rasa penat, rasa boring, seribu satu rasa.
dulu semasa bujang selalu rasa camni pastu alasan datang "ni pasal tak kawen lagi kot eh, rasa kosong aje,nanti dah kawen ok kot".
tapi adik kakak semua, dah kawen pun rasa macam ni still ada.so, alasan terbaru timbul lagi "ni pasal anak takde lagi kot eh, nanti ada anak mesti hidup gumbira je, main2 dgn anak, layan keletah anak"
alasan alasan ini rekaan sendiri. sudah beberapa hari mengadu pada suami ( tang nak cari tempat mengadu lepas kawen memang best he he), "kenapalah saya ni hilang mood minggu ni, rasa macam tak best je, meh kita duk hotel weekend ni!"
suamiku layankan aje, " ok!!jom!pullman hotel ke?"(ni pasal noi berhoneymoon dekat sini he he).
rasa macam nak shopping pun ada, rasa macam kononnya nak buat something la nk change daily routine ni kan.
hati memang kering, memang kosong.
jauh di satu sudut hati ini, hati ini dah tau sebenarnya dia amat kekeringan.macamana hati ini boleh tahu?sebab hati ini hanya mendengar ayat ayat suci tapi tidak tersentuh, hati ini membaca terjemahan quran tapi tidak terasa, hati ini berat sangat nak bersolat di awal waktu, hati ini nak tidur selalu, hati ini asik menyelami hal hal dunia sahaja, hati ini seakan malas nak menghalang hasutan syaitan ketika solat dan macam macam karat lagi.
hati ini pun tahu tiada jalan lain untuk menghilangkan rasa begini selain kembali bermuhasabah, bertaubat,menyerah diri kepada Allah.
tapi kenapa hati masih begini,taknak berubah2 ini??????!
huhu, hati jangan mati!tapi seriously hati ni rasa nak tidur aje!!
No comments:
Post a Comment