Tuesday, May 7, 2013

muslim

Boleh menangis apabila aku membaca tajuk utama utusan dalam flight ke Kuching semalam.

Aku memandang ke kiri dan depan,semua chinese. Rasa sedikit malu membayangkan macamana perasaan mereka membaca tajuk akhbar arus perdana Malaysia yang berat sebelah.

Aku tengok facebook, dada sungguh menyesakkan.

Persepsi, provokasi, prasangka, fitnah yang banyak di facebook.

Ya Allah......seriously, bilakah semua orang akan fikir yang positif dan memikirkan amal masing2...

Aku pulang mengundi dan aku memilih calon muslim yang berwibawa mengikut keadaan setempatku

Aku beragama Islam, aku muslim.

Aku mahu menghantar calon muslim yang ada wibawa ke parlimen untuk memperjuangkan hak2 islam dan umatnya..aku mahu mendengar hak2 islam diperkatakan di parlimen.Seriously apa2 bangsa sekalipun asalkan dia muslim..melayu,cina, india, iban, melanau, kadazan tapi dengan satu syarat calon itu mesti beragama islam.

Dan di Malaysia ini, aku tiada pilihan kerana majoriti umat islam adalah bangsa melayu.Tidak dapat tidak calon muslim yang aku pilih adalah melayu.

Adakah aku racist di sini?

Dan aku sangat yakin seorang muslim sejati yang ditakdirkan berbangsa melayu atau apa2 bangsa pun dia sesekali tidak akan memecah belahkan sesiapa sahaja kerana agama yang dianutinya mengajak kepada perpaduan.

Setiap perkara ada haknya dan racist kah aku sekiranya memperjuangkan hak2 bangsa melayu?

Sepertimana setiap kaum dan penduduk di bumi ini ada hak2 yang perlu diperjuangkan.



*****

Ya Allah, fitnah apakah ini.....


*****

Teringat kekasih Allah, Muhammad yang dipilih dikalangan bangsa arab.Bagaimana gencarnya usaha dakwah baginda menghapuskan jahiliyah bangsa arab yang sangat menggila pada waktu itu.Boleh menangis mengenangkan kisah baginda yang amat mencintai dan merindui Mekah dan seisinya.

Aku juga rindu pada Terengganu dan seisinya. Aku melayu dan aku sakit bilamana orang mengeji melayu.Tapi lebih daripada itu aku dimuliakan dengan islam yang mengajak kepada perpaduan tak kira bangsa dan warna kulit.

*****

Teringat kepada pelajar2ku yang pelbagai bangsa di bumi sarawak ini..tidak pernah sebesar zarahpun timbul untuk tidak berlaku adil kepada mereka yang bukan melayu..


aku ni racist ke? seriously..

No comments: