Bismillahirrahmanirrahim.
Semalam usrah kami bersama sama mentadabbur Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam daripada Fathi Yakan, menyelusuri sirah Abu Ubaydah Al Jarrah dan tafsir Abasa daripada Syed Qutub.
Pada masa yang sama kami cuba hubung kaitkan isi isi penting yang kami dapat daripada ketiga tiga pembentangan dengan isu semasa kini termasuklah kebangkitan Mesir, isu Syria, sejarah Melayu , politik dan perkembangan semasa lain lainnya.
Pada akhirnya saya berpendapat orang melayu sangat tidak mengkaji, langsung tidak suka membaca, sukar menerima pendapat orang lain dan tidak berfikiran jauh.Yang kita tahu mengomen orang lain secara tidak berakhlak, menghentam entah apa apa dan tidak tahu keutamaan untuk ummah.
Kecaman tajam Allah kepada Nabi Muhammad dalam Surah Abasa kerana baginda memasamkan muka kepada Abdullah ibn Ummu Maktum merupakan satu ibrah yang amat mengesankan.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang suka mencari ilmu, suka mengkaji dan tidak terikat dengan tekanan tekanan duniawi. Mantapnya Abu Ubaydah Al Jarrah membunuh ayahanda kandungnya sendiri ketika berperang uhud dan turunlah ayat di bawah :
"Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat
yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah SWT dan Rasulullah,
walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya
sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka
dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam
syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di
dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan
Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah
pasti akan berjaya "
(al mujadilah ayat 22)
Bersoal cakap tentang tekanan tekanan bumi...semoga kita semua menjadi seperti Bilal yang sangat popular di kalangan penghuni langit walaupun kita dipandang hina oleh penduduk bumi..
No comments:
Post a Comment