Monday, October 29, 2012

kisah 28/10/2012

Hari ini hari ahad, sudah lima hari suami di Beijing atas urusan kerja dan pagi ini juga aku akan kembali ke Kuching setelah lebih seminggu bercuti di Terengganu sempena perkahwinan adik ipar dan aidiladha.Hari ini Muadz akan menemaniku menaiki kapal terbang buat pertama kali tanpa abahnya.Sudah 2,3 hari aku risau tentang ini.Adakah Muadz ok sepanjang penerbangan? Dia menangis ke tak? Lebih mencabar jika tiba tiba Muadz muntah dalam flight seperti kali terakhir kami pulang ke Kuching.Namun ...pada akhirnya segala tanggapan dan sangkaan itu aku kembalikan kepada Yang Maha Berkuasa..ianya berakhir dengan doa dan tawakal semoga semuanya smooth dan terbaik untuk kami.

Pukul 7.30 pagi di airport di kaunter daftar masuk.

"Puan mengandung? Berapa bulan?"

"7 bulan"

"Berapa bulan?Berapa minggu?"

"7 bulan, 28 minggu"

"Ikut polisi, kalau mengandung 28 minggu tak boleh naik flight kecuali ada surat doktor. Maaf ya Puan, saya tak boleh tolong Puan.Kalau 27 minggu kami benarkan"

"Ha?saya kena balik,esok saya kerja, dahlah flight saya ke Kuching pukul 11.55 pagi nanti.Tolong saya"


Pujukan dan rayuan kepada manusia yang sebenarnya hanyalah hamba kepada Allah adalah perbuatan sia sia.Air mataku hampir jatuh dek sesaknya dada dengan keangkuhan, kesombongan peraturan yang ditetapkan.Maaf, aku rasa ini satu kezaliman. Air Asia : now everyone can buy but on the date not everyone can fly.

Flight Terengganu ke Kuala Lumpur habis begitu sahaja, flight Kuala Lumpur ke Kuching juga sama.

Terlalu banyak 'kalau' pada saat begini.'Kalau' suamiku ada , kebiasannya aku takkan tayang muka dan perutku di depan kaunter sebab dia yang akan uruskan semuanya.Kalau itu..kalau ini..astaghfirullah..

Wajah 2 orang pekerja setia Air Asia di airport Sultan Mahmud aku masih ingat sampai hari ini. Aku mengandung, perasaan ibu mengandung lain. Paling kurang, be nice dengan aku, kalaupun taknak lepaskan aku naik bagilah sokongan, bukan terus tutup kaunter di depan muka aku dan berlalu pergi, tiada usaha langsung nak tolong customer. Kalaulah aku ni anak kapten flight, memang sah boleh punya, kalaulah aku ni anak saudara bos mereka memang confirm boleh punya. Kalau lagi..

Aku berlalu pergi dengan pembelian tiket baru Kuala Lumpur - Kuching pukul 10.45 malam nanti. Terengganu- Kuala Lumpur? aku tumpang abang iparku yang kebetulan akan pulang ke Nilai setelah bercuti raya.

Pukul 11.30 pagi kami bertolak dengan menaiki kereta tanpa mengetahui apa yang bakal tersedia di hadapan.

Pukul 3.30 petang, kami masih di Kemaman..traffic sangat sesak, kereta sangat banyak di semua arah. Semua tak sabar dan nak cepat pulang ke KL setelah bercuti raya.

Aku melayan Muadz yang amat aktif di dalam kereta. Bila dia boring, mulalah merengek tak tahu nak buat apa.

Sepanjang perjalanan aku berdoa..doa segala apa yang aku mahu..aku rasa dianiayai,dan aku sangat yakin saat ini doaku amat makbul..segala doa datang..untuk suamiku, untuk ibu bapaku, untuk keluarga, untuk Muadz dan aku juga berdoa segala kepedihan hari ini Allah gantikan dengan kemudahanku untukku bersalin anak kedua nanti.Ya Allah, kalaupun aku sakit hati hari ini, mudahkan aku di labor room nanti. Doa Nabi Yunus tak pernah lekang di bibir.

Pukul 8 malam kami berada di Kuala Pilah.Singgah untuk bersolat maghrib.Hujan tiba tiba turun dengan lebatnya. Badan aku sangat penat, perasaan apatah lagi. Dengan perutku yang semakin membesar, sakit pinggang, sakit belakang, Muadz yang aktif ke sana ke mari akhirnya air mataku jatuh..

"Muadz, umi letih..umi letih..Muadz boleh behave sikit.."

Dan Muadz terus berlari riang di dalam masjid sehingga aku terdengar dia menangis kuat..jatuh rupanya..Muadz..Muadz..aktif seperti biasa..

Pukul 9.30 malam kami tersekat di Seremban dengan traffic yang sangat sesak. Aku sudah tidak larat, biar Allah sahaja yang tentukan adakah aku sempat menaiki flight pukul 10.45 malam. Aku sudah checked in tapi ada luggage yang nak di drop di kaunter.

10.15 malam kami di highway ke LCCT.Aku rasa jauh lagi nak sampai. Abang ipar memecut laju hampir 160 km/j. Aku sudah menggalas beg sandang yang berat dan handbag.Muadz aku pangku dengan erat. Aku sudah plan nak berlari terus naik flight, dah tak sempat nak drop beg.

10.30 malam abang ipar berhenti di depan mcdonald dan aku terus keluar kereta berlari sambil membawa dua orang nyawa sebenarnya.

"flight ke kuching dah berlepas ke?", aku bertanya kakak yang bertugas ketika scan handbag dan beg sandang.

"rasanya belum lagi, itu flight terakhir malam ni"

aku berlari lagi, Muadz terkebil kebil melihat umi.

"flight ke kuching!saya dengan anak saya", aku melihat dua orang pekerja air asia tengah mengira boarding pass mungkin.

"Cepat ya Puan. laluan 91 ya "

aku lari lagi sehingga aku melihat pramugari melambai lambai ke arahku, arahan supaya aku cepat.

aku menghulur boarding pass.

"Puan mengandung?berapa bulan?"

"Iya, 6 bulan ", memang aku menipu sebab malas nak tunjuk surat doktor yang aku ambil sebelum ke KL pagi tadi.

"ada surat doktor?"

Ha?pagi tadi aku diberitahu 26 minggu dan ke atas baru nak surat doktor.Apa apalah.

"ada"


Aku dan Muadz penumpang terakhir naik flight. Ada lagi borang yang perlu diisi sebab aku mengandung.Aku duduk dan Muadz mula menangis.Dah pukul 11 malam.Aku memujuk Muadz dan akhirnya dia tertidur.

1.30 pagi aku sampai di rumah di Kota Samarahan dengan loya dan sakit kepala.

Akhirnya aku tidur dengan penat.

Allahu Allah..

kuatlah diri dan hati, ujian pasti banyak..tiada seorangpun yang tidak diuji..

menghitung hari menanti suami pulang ke tanah air 24 November ini..

juga tidak sabar mahu mendakap adik Muadz yang semakin aktif di dalam kandungan yang dijangka tiba 4 januari nanti..



3 comments:

Naqiah Khalidah said...

gigih. setiap org dgn kepayahan tersendiri. tetiba rasa kepenatan n masalah hari ni lenyap. selalu rasa kite la paling byk diuji, tp Allah uji sbb Dia tahu kita layak. :)

wa-a said...

the mothers are really something.well, mar is really a something. cant really wait what's lies for me di masa-masa hadapan he he.

mar, kirim salam anak-anak eh ;)

Mardhiyyah Mohd Pauzi,24,female said...

naqiah n wa..tq for dropping by..tulis bila ade mood je..hehe..apa2pun..hidup akan terus diuji..bagaimana dan macamana mungkin berbeza..smga terus kuat.. :D :D