Saturday, April 9, 2011

muadz

untuk suamiku dan anakku..

23.3.2011

aku ada appointment di Hospital Umum Sarawak dengan specialist.aku dirujuk oleh Dr Cheng dari klinik kesihatan kerana abdomen baby agak kecil dari biasa.

suami berkursus di Sepang.aku drive sorang2 ke hospital pukul 8 pagi.

jumpa Dr Stanley,dia scan agak lama.sakit dia tekan2 perut.akhirnya dia bersuara,

"u kena masuk ward hari ni.abdomen baby stop growing since week 32.air ketuban dah sikit.minggu ni baby dah 38 minggu,takde guna simpan dia dalam,kita keluarkan dia aje.hari ni masuk ward,pagi esok kita induced ok"

aku terkebil kebil,mata dah merah terkejut,"suami saya takde doktor,esok dia balik,lusa induced tak boleh ke?"

Dr Stanley diam,aku dah nak menangis, "u kena faham,kita bimbang baby,risiko tunggu lama2"

aku diserahkan kepada MO untuk VE (check jalan) dan prosedur lain.bayangkan aku yang tak rasa sakit apa2 dibuat prosedur yg macam2.menjerit gak sikit sikit sambil mata menahan tangisan.nak menangis pasal terkejut esok kena induced,dahlah encik nazri takde di sisi.Ya Allah,inikah takdirku..

"ok puan,pintu rahim masih tertutup tapi saya dah stimulate supaya dia terbuka.puan masuk wad hari ni ye,pagi esok kalo serviks tak buka lagi,puan kena induced"

aku hanya pasrah,taktau nak fikir apa,blank.keluar bilik doktor dengan mata merah menahan tangis.aku rasa sangat sorang2.

telefon suami,telefon mak.aku pergi private hospital plak tanya pendapat Dr Wendy.jawapan tetap sama,untuk keselamatan baby,aku perlu di "induced".

petang itu,dengan bantuan kawan aku ke hospital,masuk wad dalam keadaan yang sihat,tak rasa pape.suami balik petang esok pukul 7,mak pulak sampai esok petang pukul 3.

aku redha.aku mula membina kekuatan andai kata aku perlu melalui semua ini seorang diri.alhamdulillah,aku rasa makin tenang.

malam di wad,aku buat air selusuh sendiri (biasa suami yang buat),solat hajat,baca surah maryam berkali kali,doa di hati dan di mulut tak henti henti.aku tawakal 100% kepada Allah.perut mula terasa sakit on and off.ala2 period pain.tapi sangat sikit.

aku mahu berehat,menenangkan fikiran dan badan.mengumpul energy untuk berjuang pada hari esok.bila terjaga,aku makan kurma dan minum air zam zam.

24.3.2011

8 pagi :ward round.dr datang ke katil membelek file aku "ok,nanti kita cek jalan,kalo tak buka kita induced"

aku angguk.malas nak fikir.tapi teringat semalam dah kena VE (cek jalan),ada trauma di situ.ngilunya.hu hu.

8.30 pagi : VE done."ok,pintu rahim dah buka 4 cm.so,tak perlu induced,kita tunggu macam biasa"

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...keajaiban berlaku..segalanya datang dari Allah.

aku tak rasa sakit apa apa.tak rasa contraction pun.period pain biasa aje.tu pun tak sakit sangat.CTG dibuat beberapa kali.nurse pun kata awak ni 4 cm tapi contraction xde sangat ni.

12 tengahari : VE lagi.masih 4 cm.

2 petang: VE lagi. "hmmm..masih 4 cm puan.saya masukkan alat sikit ye.kita stimulate kasi cepat skit"

adoi,VE pun aku trauma,nak guna alat lain pulak!!!..menjerit lah aku secara kecil kecilan..hu hu..

selepas VE pergi toilet bersihkan darah darah yang mengalir..huhu..takpe mar..demi anak...Allah ada..sikit je ni..tahan..itulah bekalan aku..

3 petang : aku ditolak masuk ke labour room,bukaan serviks masih 4 cm,air ketuban dipecahkan.alhamdulillah air ketuban clear.tetiba doktor kata," puan,mak puan ke ni?"

aku lihat mak menuju ke arahkan..aku salam,peluk dan cium mak..aku tidak mahu menangis..pelik,tiada air mata untuk hari ini.mak diminta tunggu di luar.contraction masih slow,dalam 10 minit sekali.aku masih rileks.

7 petang: masih 4 cm.akhirnya doktor masukkan ubat merangsang bukaan serviks.contraction makin kuat,aku makin sakit.serviks mula terbuka 5 cm.aku makin tak tahan setiap kali contraction datang.doktor beri pethadine supaya aku boleh tahan sikit.tak sampai seminit,aku dah lalok,mengantuk habis,doktor tanya sakit ke tak,aku tak mampu nak jawab.nak tidur plak.dalam ngantuk2 tu,aku dengar doktor cakap dekat nurse "hai,ni malas bagi pethadine ni,terus lali.."

boleh pulak doktor ni...

7.30 petang: akhirnya aku nampak suami di sisi.hu hu...tak tergambar perasaan waktu tu..suami boleh masuk sekejap je..nanti time nak push plak nurse akan panggil..

pethadine dah tak berkesan,aku rasa sangat sangat sakit,tak reti dah nak baring camane..doktor bagi gas entanox ke apa ntah..aku tak reti guna..malas nak guna..6 cm terbuka...aku sakit sangat sangat..setiap kali contraction datang,aku rasa macam kepala baby dah nak keluar..rasa macam nak push sangat2 dah."nurse tolong cek jalan,saya rasa nak push sangat2 dah"

"baru 7 cm puan.."

Ya Allah,biar betul..sakitnya Ya Robbi..aku dah tak senang baring..rasa macam kepala baby dah nak keluar sangat2..hu hu..

aku dah tak tahan..nurse takde plak..aku sorang2..aku jerit "tolong,saya rasa nak push sangat2 ni'

akhirnya.."ok puan,sekarang boleh push"

tak sempat aku angkat kaki betul2 aku push aje!

first attempt,baby x kuar..doktor dan nurse bersorak2 depan aku.."mardiyah kuat" "ok puan,pandai..sikit lagi"

nak tergelak pulak..he he...masa ni dah hilang sakit contraction,sakit nak push la pulak.

second attempt,tak jadi lagi.."puan push panjang2 ok"

third attempt,aku push sekuat tenaga dan sangatlah panjang sampai nurse kata "ok puan,dah dah..kepala baby dah keluar"

Ya Allah...leganyaaaaaaaaaaaaaaa...

akhirnya,aku nampak baby ditarik dan dibersihkan..beberapa kali doktor pukul kaki baby supaya menangis..akhirnya "waaaa............."..jeritan pertama anakku..

"ok,baby lahir 9.10 pm"

ok,kini tiba proses jahit menjahit..

"puan,kita jahit ye,tadi saya gunting sikit "

aku tak rasa langsung time nurse gunting.baik nurse. buatler pape yang patut.

time jahit isi aku tak rasa pape tapi time jahit kulit mak ai!satu labour room aku menjerit..awat sakit sangat ni nurse!rupanya tiada bius untuk jahitan kulit..

pukul 10 malam aku pulang ke wad diiringi suami dan tidur..aku tidur dengan kesakitan bekasan jahitan yang mencucuk cucuk..hu hu..

25.3.2011

aku dibenarkan pulang.

tbc...

1 comment:

mcddy said...

tak sabar nk tgk gambar muadz