Wednesday, March 16, 2011

boringnya

bismillahirrahmanirrahim :)

antara soalan yang sering ditanya bila bersama teman teman ialah soal perkahwinan
1)macamana hidup selepas kahwin?bahagia ke tak ye?
2)ciri ciri calon pilihan
3)macamana kita tahu dia merupakan pasangan kita
4)persiapan bagaimana perlu untuk kahwin
5)kahwin semasa belajar

aku sebenarnya malas amat nak menjawab kesemua soalan ini..hehe..aku rasa soalan cenggini semua klise..haha...nanti dah kawen tau ler sendiri..tapi tidak dinafikan pengalaman itu mengajar.
ini jawapan aku dari sudut seorang isteri,mungkin lain dari orang lain.

1)macamana hidup selepas kahwin?bahagia ke tak ye?
-hidup selepas kahwin perlukan tanggungjawab dan komitmen yang amat besar.kalau dulu keputusan dan pandangan yang utama adalah ibu bapa tapi bila berkahwin semuanya di bawah suami.suami kata A,isteri wajib ikut A selagi tidak melanggar syarak.ini adalah cabaran terbesar untuk diri ini sebab aku manja dengan mak sendiri,semua nak ikut kata mak,pandangan mak.tapi bila dah beristeri aku mula belajar kini imamku adalah suami,mesti dahulukan dia, pendek cerita bila berkahwin kita wajib taat pada perintah dan arahan suami melebihi yang lain(selagi berlandaskan syarak).kepada anak mak atau anak ayah diluar sana,bersedialah untuk perubahan ini...hehe..(untuk perempuan)

-hidup berkongsi.kena tolak ansur.bukan macam single,rasa nak bangun pagi pukul 12 tengahari pun takpe takde orang yang kita nak kesah atau jaga.

-bila bersuami boleh kata hidup lebih tersusun, hari hari lebih terisi dan bermakna,tak kosong.

-kena pandai bawa diri dengan keluarga belah suami.kena adil dan saksama.jangan nak berat sebelah dengan mana mana family.ini bleh tahan gak mencabar.he he.

-insyaallah hidup selepas kahwin membahagiakan tapi tidak bermaksud takde langsung yang pahit.manis pastinya ada seperti dijanjikan Allah tapi cabaran,dugaan pastikan ada.masam muka,gaduh secara kecil kecilan itu lumrah.kalo ikut aku,di peringkat awal perkahwinan yang agak susah dan mencabar, sebab itu merupakan period peralihan,tak biasa nak hidup berkongsi semua,tak biasa diatur begitu begini,tak biasa nak menjaga @mengurus orang lain selain diri sendiri (tambahan plak aku ni pemalas hoho cobaan).dah setahun lebih berkahwin,aku merasakan kasih sayang kami semakin membesar,aku semakin bahagia,aku semakin tenang,aku merindui suami setiap hari,selepas kerja tak sabar nak jumpa dengan suami di rumah,hari minggu juga di nanti nanti untuk masa kami berdua rehat2.

2)ciri ciri calon pilihan
-yang berilmu,beriman dan beramal
-yang berilmu,beriman dan beramal
-yang berilmu,beriman dan beramal

you have this,you have everything.:)

rupa,harta,pangkat takde guna tanpa ilmu,iman dan amal.seriously i mean this.

3)macamana kita tahu dia merupakan pasangan kita
-tanya Allah,insyaallah Dia akan jawab.takde ragu ragu masa nak terima.100% yakin.rasa keserasian.jangan plak tengok muka bakal suami pun macam menyampah tu takyah ler.

4)persiapan bagaimana perlu untuk kahwin
-doa banyak banyak lemon!penting sesangat!
-yang paling penting dari sudut ilmu dan iman.tawakal pada Allah.
-tanya orang lain (mak ke) canne nak jadi yang terbaik
-yang penting jugak kena lapangkan hati,jangan sempitkan.
-baca kisah kisah teladan dan tips2 kot

5)kahwin semasa belajar
-tak tau plak sebab i kawen lepas belajar.memang aku kawen terus duk dengan suami,takde kawen jarak jauh ke apa apatah lagi kawen time belajar.no idea.he he.macam best kot eh lagi lagi sama course bleh pau suami punye nota ke,assignment ke..he he.macam best kawen time blajo lagi lagi kat luar negara kan.jalan jalan guna duit biasiswa mmg ler syiok!

No comments: