Sunday, February 13, 2011

12.2.2011

bismillahirrahmanirrahim..

perbualan melalui ym sebentar tadi antara aku(M) dan suami(K)

M: nak beli kasut,kasut g ofis dah buka kat depan

K: xpe.nanti balik kita gam.guna gam gajah

M:xmau.nak beli kasut baru.tiap2 hari pakai kasut ni je.boring

aku sebenarnya sekadar menduga suami,sengaja mahu melihat apa reaksinya.ternyata mood beliau berubah di akhir perbualan kami.adoi,kena pujuk ni..bab pujuk memujuk ni yang susah...siapa suruh memulakan api...hehe..

begitulah suamiku..seorang yang sangat sensitif dengan isterinya..

setahun berlalu..malam 12 februari,aku baru pulang berhalaqah dari UNIMAS kira kira pukul 11.15 malam..hubby tidur di depan TV,aku sudah mengagak kerana kebiasaannya beliau pasti menyambutku di depan pintu..aku kejutkan beliau supaya sambung tidur di dalam bilik..beliau bangun..

K:happy anniversary !!pergi tengok dalam almari baby(anak kami) ada something!

M:betul?tipu!

K:la...pergi la tgk..

M:tipu!

K:gi la tgk dalam almari ada something..

aku buka almari yang kami beli khas untuk anak nanti dan ada sekeping frame yang agak besar di dalamnya.frame gambar kami dan kata kata cinta daripada hubby...rupanya semasa aku ke UNIMAS beliau pergi ke kedai guna motosikal yang dipinjam dari kawannya untuk ambil frame yang ditempah pada waktu pagi.

setahun usia masjid kami..aku sangat sangat bahagia..hanya Allah yang tahu betapa aku bersyukur dengan jodoh kurniaanNya..dan aku amat amat menyedari terlalu banyak sebenarnya kekurangan diri ini sebagai isteri..dan untuk suamiku,ketahuilah abang merupakan suami yang terbaik untuk diri ini,terlalu banyak sebenarnya kekurangan diri ini telah abang sempurnakan,kita berbeza tapi saling melengkapi,betapa indahnya aturan Ilahi,terlalu banyak pengajaran yang aku pelajari sejak bergelar isteri.

untuk suamiku,ampunkan segala kekhilafan diri ini,semoga Allah terus merahmati masjid kita ini hingga ke syurga,engkau imamku yang sangat sangat aku kasihi..

malam ni,kita gam kasut sama sama eh abang..:)

menyayangimu sampai bila2..

No comments: