Monday, November 8, 2010

cita & cinta

bismillahirrahmanirrahim :)

selepas mendapat ijazah disember 2009,aku pulang ke tanah air, bersiap sedia untuk bernikah.

scroll ijazah aku simpan.

demi cinta,aku berhijrah ke kuching mengikut suami.menjadi peneman,peminat,penghibur suami.scroll ijazah aku simpan lagi.pada ketika itu aku lebih selesa bersuri rumah tangga sepenuh masa.ah...mungkin aku bukan seperti kalian,yang bercita cita tinggi, namun jauh di sudut hati jika diizinkan Allah aku mahu sekali lagi terbang ke luar negara menyambung pelajaran.

aku seorang isteri, tempatku dan hakku milik suami.berasingan dengan suami untuk cita citaku?belum lagi.

aku mula mencari kerja tapi ianya sangat sangat terhad.sekali lagi dilema kembali. peluang pekerjaan banyak di semenanjung.berasingan dengan suami untuk kerjaya aku?aku tidak bersedia.ah,akukan peminatnya,mana mungkin.:P

sehinggalah aku ditawarkan menjadi tutor di unimas.alhamdulillah rezeki anak dalam kandungan. rancangannya mudah.aku perlu bekerja paling minimum setahun sebelum aku melanjutkan pelajaran ke peringkat master.selepas master aku perlu pulang berkhidmat sebagai pensyarah paling kurang 3 tahun sebelum aku ditaja untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat phd.yang pasti, aku akan ada kontrak dengan unimas untuk satu tempoh yang panjang.

persoalan lain timbul, bagaimana kalau suami tiba tiba ditukarkan ke semenanjung?

hehe,sekali lagi cinta mengatasi segala galanya.

apa apapun, aku yakin dan pasti cinta ini membawa aku makin dekat kepada citaku. begitulah setakat ini.

benar kata suamiku, suami isteri ni kena se hidup se mati. seorang hidup,seorang lagi perlu berkorban(err,bukan mati ye).

No comments: